Sunday, July 31, 2011

Ahlan Wahsahlan Ya Ramadhan

Esok bermulalah umat Islam seluruh Malaysia/dunia berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia.
Maka pada malam 1 Ramadhan 1432H ni, tiba-tiba teringin plak hamba nak post gambar-gambar makanan yg ada dlm simpanan.
Jangan tenung lama-lama.. makruh.. 


Black Pepper Steak - my Wifey punya masakan

Udang Goreng - pun my Wifey punya masakan
Ayam Berlada - haa ni favourite nih, hati panas jadi sejuk kalu hidang ayam nih ;p
Ni Nasi Goreng Belacan - bukan wifey masak, ni time kitorang dinner kat Seafood Putrajaya

Baby Kailan Sos Tiram - Seafood Putrajaya

Butter Prawn with Egg - Seafood Putrajaya

Last but not least - Chilli Crab - Seafood Putrajaya
Haa.. ini jelah yang dapat share. Manalah tau boleh dapat ilham buka puasa ke kan.. 

Selamat Berpuasa semua!
Semoga amalan kita berlipat ganda dan berterusan hendaknya dlm mengejar redha Ilahi.
InsyaAllah

Tuesday, July 19, 2011

Menanti Isya'

Taman Tasik Semenyih - July 2011
Menanti ketibaan isya', aku duduk termenung di balkoni sambil makan macaroni..
keh keh keh keh

Monday, July 18, 2011

Floria Putrajaya 2011

rasanya jika dibaca tajuk kat atas, confirm dah dalam fikiran, terpampang gambar bunga-bunga kan?
tapi, malang.. walaupun aku pegi ke floria putrajaya tu dgn 'en. gismo' & 'en. zul selamat', satu kuntum bunga pun aku tak snap.


sebelum bergerak ke tempat kejadian

Sebabnya kitorang sampai dah nak dekat pukul 7pm, tengah syok tangkap gambar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin atau orang panggil Masjid Besi, azan Maghrib berkumandang.
Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin @ Masjid Besi
Masjid Besi close-up (nak zoom tak sampai, crop pun jadilah)

Lepas aje solat, keluar balik tengok bot terapung kaler-kaler dah keluar, layan pulak ambik gambar bot-bot tu. Tapi sayang sikit aku tak berapa nak reti amik gambar dlm situasi bot lampu kelip-kelip berkaler bergerak-gerak time malam ni. Maka agak kechiwa sikit lah. Sebab bot-bot tu semua aku snap kabur dan terang sangat.
Boat Kaler-Kaler Negeri Perak
Aperr memancor benor lampu ni..tak sakit ke matee gamaknye - baca gaya Ucop Wilcha

Puas shoot bot, en. gismo cadang kitorang layan 'light grafiti' plak, maka lahirlah pendekar tangan berapi dan 'son goku' Dragon Ball baru nak akil baligh buat kame-hame-ha.
Pendekar tangan berapi dan ilmu kepala berbayang

Son Goku baru lepas UPSR tengah praktis 'kamehameha', tu yang kempis je power keluar

Son Goku dah besar sikit, so tenaga dalam dah bertambah

Ingat plan nak tunggu bunga api, ye lah kan, dah tak dapat amik gambar bunga kuntum, bunga berapi pun jadilah.. tapi dah nak dekat pukul 10mlm tak muncul-muncul bunga apinya, maka sebulat suara lah kitorang setuju untuk menamatkan sesi bergambar pada hari itu.

Nak jadi ceritanya, tengah aku layan lagu 'Desy Ratnasari' kat Sinar fm dalam kereta on the way nak keluar Putrajaya, boleh pulak aku terdengar bunyi berdentam dentum tali kecapi, tengok tepi rupanya ada jugak bunga api. Takde rezeki kitaorang gamaknya.. 
Alahai bak kata en.me yg lumayan giteww..

Walaupun gambar bunga kuntum dan bunga api tak dapat aku snap, tapi aku puas hati juga sebab dapat tangkap gambar 'sekuntum bunga' paling cantik sekali kat universe nih. Nak tau bunga apa?
Haaaa....ni dia..
Bunga mawar a.k.a bunga raya a.k.a bunga krisantimum pengarang jantung aku iaitu, 
My lovely wife @ Gadis Bungaku
Dapat bunga ni seorang pun dah cukup dah bagi aku. ;)


p.s perenggan terakhir itu sebagai 'gula-gula' buat my wifey sebab dia sanggup melayan, mengikut suami dia sibuk nak mengambik gambar, sampai kesian dia sorang-sorang duduk tepi tembok menunggu bilalah suami dia nak habis meneropong sana sini dgn kawan-kawan. thanks win. 
*wink *wink XOXO.. 
wakakakaka